'Baby polisterin' banjir 2014 peroleh 9A UPKK | The Reporter

‘Baby polisterin’ banjir 2014 peroleh 9A UPKK

Banjir besar Kelantan 2014
Sumber Gambar: TikTok Hadi_Klate_Ranau

Jika sebelum ini tular seorang kanak-kanak lelaki yang cukup lena tidur di dalam sebuah kotak polisterin ketika banjir besar yang berlaku di Kelantan pada tahun 2014 sambil didendangkan selawat oleh bapanya.

Masa cukup pantas berlalu, kanak-kanak berkenaan kini sudah memasuki usia 12 tahun. Dan apa yang membanggakan kanak-kanak berkenaan memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPKK baru-baru ini.

“Alhamdulillah syukur ya Allah, terima kasih semua yang mendoakan adik Fauzan baby polystrin dapat 9A UPKK 2024. Semoga terus berusaha untuk menjadi hamba Allah yang cemerlang dunia dan akhirat,” tulis bapanya.

@hadi_klate_ranau

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Alhamdulillah syukur ya Allah, terima kasih semua yg mendoakan adik Fauzan baby polystrin dapat 9A UPKK 2024, semoga terus berusaha untuk menjadi hamba Allah yg cemerlang dunia dan akhirat🤲❤️ #fauzan #alhamdulillah #upkk2024 #fyppppppppppppppppppppppp #tiktok

♬ tob tobi tob – solay

Ramai yang seakan sukar percaya kanak-kanak lelaki berkenaan sudah memasuki usia 12 tahun dan netizen turut mengucapkan tahniah diatas kejayaan yang dicapai oleh Fauzan.

Dilaporkan, 22,351 daripada 236,986 calon menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2024 mencatatkan keputusan cemerlang dengan memperoleh A dalam kesemua sembilan mata pelajaran peperiksaan itu.

Rata-rata ibu bapa gembira berkongsikan kejayaan anak masing-masing dan turut menzahirkan penghargaan buat pendidik yang telah menabur jasa pada anak-anak mereka.

Related Posts