Pemburu terkejut temui daging babi hutan berwarna biru neon | The Reporter

Pemburu terkejut temui daging babi hutan berwarna biru neon

Seekor babi hutan sedang berdiri di kawasan hutan berbatu.
Fenomena daging babi hutan bertukar biru neon di California cetuskan kebimbangan kesihatan. | Gambar hiasan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pemburu di California terkejut apabila menemui daging babi hutan berwarna biru neon, sekali gus mencetuskan panik selepas gambar-gambar penemuan itu tular di media sosial.

Menurut pemilik sebuah syarikat kawalan hidupan liar, Dan Burton, berkata warna tersebut bukan biru biasa, sebaliknya menyerupai “blueberry neon” yang sangat terang.

Siasatan pihak berkuasa mendapati warna itu berpunca daripada diphacinone, iaitu sejenis rodentisid (racun tikus) yang digunakan untuk mengawal populasi tikus, tupai dan tikus mondok. Racun ini biasanya diwarnakan biru oleh syarikat kawalan perosak supaya mudah dikenal pasti.

Baca juga:

Risiko kepada manusia dan haiwan

Jabatan Hidupan Liar California (CDFW) memberi amaran kepada pemburu bahawa daging haiwan buruan seperti babi hutan, rusa, beruang dan angsa boleh tercemar jika haiwan tersebut pernah terdedah kepada rodentisid. Lebih membimbangkan, racun itu tidak hilang meskipun daging melalui proses memasak.

Makan daging tercemar boleh menyebabkan kesan kesihatan serius seperti hidung berdarah, pendarahan gusi, darah dalam air kencing, sakit perut, pening, tekanan darah rendah, sesak nafas malah boleh membawa maut. Haiwan lain seperti burung hantu, lebah, beruang, singa gunung dan burung kondor juga berisiko apabila memakan mangsa yang sudah diracun.

Kawalan penggunaan racun

Bagi mengurangkan risiko, California telah mengehadkan penggunaan diphacinone dan hanya membenarkannya untuk tujuan tertentu seperti kawalan nyamuk atau melindungi spesies terancam.

CDFW turut menyeru pemburu supaya segera melaporkan sebarang penemuan luar biasa, termasuk tisu berwarna biru, kepada Makmal Kesihatan Hidupan Liar.

Sumber: NDTV

Related Posts