Azmin Ali tegaskan Selangor tiada ruang politik perkauman, identiti sempit | The Reporter

Azmin Ali tegaskan Selangor tiada ruang politik perkauman, identiti sempit

Azmin Ali ketika menyampaikan kenyataan mengenai politik perkauman dan politik identiti di Selangor
Azmin Ali ketika berucap pada sesi perbahasan Rancangan Selangor Ke-2 (RS-2) di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Selangor tidak mempunyai ruang untuk politik perkauman yang sempit atau politik berasaskan identiti, tegas Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, apa yang berlaku di Negeri Sembilan bukan lagi berkaitan soal dasar atau prinsip, sebaliknya terdapat pihak yang didakwa menggunakan kebencian dan sentimen perkauman demi mendapatkan kuasa.

Menurut Azmin, terdapat pihak yang menggunakan agenda penyatuan Melayu dan ummah dengan menyeru rakyat supaya menyokong kelompok mereka dan menolak pihak lain.

Beliau turut mempersoalkan tindakan kumpulan yang melaungkan penyatuan serta ketuanan Melayu, namun pada masa sama didakwa meruntuhkan institusi berkaitan kepentingan Melayu.

“Kumpulan yang melaungkan penyatuan Melayu, ketuanan Melayu, kumpulan ini juga yang meruntuhkan institusi Melayu, membankrapkan Felda, merampok simpanan pendeposit Tabung Haji, LTAT, dan terpalit dengan skandal kewangan 1MDB,” katanya.

Baca juga:

Azmin berkata, keadaan politik menjadi semakin buruk apabila terdapat pula kumpulan yang didakwa menghalalkan kleptokrasi dan mengiyakan kebobrokan dengan tafsiran atau “fatwa” baharu.

“Ini adalah proses memperbodohkan rakyat keseluruhan,” katanya.

Beliau turut mendakwa retorik mengenai penyatuan Melayu akhirnya menyebabkan masyarakat Melayu semakin berpecah.

“Atas nama penyatuan Melayu kononnya, Melayu kini berpecah. Apabila Melayu berpecah, mereka salahkan kaum lain untuk menutup kepalsuan sendiri,” katanya.

Related Posts