'Ayam goreng dia boleh lawan XXX' - Pempengaruh puji usaha anak tempatan bangunkan Darsa Fried Chicken | The Reporter

‘Ayam goreng dia boleh lawan XXX’ – Pempengaruh puji usaha anak tempatan bangunkan Darsa Fried Chicken

Pempengaruh Hungry Sam

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Beberapa hari yang lalu, DarSA Fried Chicken (DFC) dikecam teruk di media sosial. Susulan tindakan salah seorang kakitangannya memuat naik komen di Facebook rasminya yang mendakwa ‘Type C’ (merujuk kepada bangsa Cina) sedang bermain sentimen untuk menjatuhkan perniagaan mereka.

Bagaimanapun, DFC tampil memohon maaf dan mengakui kakitangannya tidak sengaja kerana dipengaruhi oleh emosi ekoran menerima banyak komen negatif.

Meskipun begitu, isu tersebut tidak menghalang orang ramai termasuk ‘Type C’ untuk mencuba sendiri DFC yang terletak di Bukit Beruntung.

Seorang pencipta kandungan, Hungry Sam, telah berkongsi pengalamannya menikmati ayam goreng DFC.

Menurut Sam, pesanannya mengambil masa lebih kurang sejam untuk disiapkan. Sam mengakui ayam goreng DFC sangat enak dan boleh bersaing dengan restoran makanan segera yang lain, terutama apabila disalut dengan garlic sauce.

Namun, Sam menyarankan DFC perlu membuat penambahbaikan pada saiz ayam gorengnya jika mahu menarik perhatian penggemar ayam goreng. Selain itu, coleslaw juga perlu diperbaiki kerana rasanya yang terlalu manis dan mashed potato pula dihidang dalam keadaan sejuk.

“Berbaloi tunggu lama, ini ayam goreng yang baru digoreng. Ianya sangat sedap. Mereka nak ganti jenama lain, tak ada masalah. Saya akan pilih DFC berbanding jenama lain.

“Kalau nak ganti jenama lain, bagi ayam goreng saiz besar. Garlic sauce pun sedap. Saya harap mereka dapat mengekalkan kualiti ini,” katanya.

Garlic sauce sedap

Sementara itu, Ezlokal Food juga tidak melepaskan peluang untuk mencuba hidangan DFC.

Menurut mereka, walaupun ayam gorengnya sedap tetapi ia sedikit keras untuk digigit. Dan masing-masing bersetuju garlic sauce yang disertakan juga sedap. (Review selanjutnya, tonton video tersebut).

Di media sosial, netizen menasihatkan DFC menerima segala kritikan itu secara terbuka dan mengambil peluang untuk membuat penambahbaikan.

“Ambil maklum dan tindakan setiap komen untuk meningkatkan kualiti dan mutu perkhidmatan. Insha-Allah tidak mustahil DFC boleh pergi jauh suatu hari nanti,” kata seorang netizen.

“Allah nak bagi rezeki dekat kau. Walaupun cara kau tak berapa cantik la main isu kaum. Tak apa, Allah bagi peluang kedua. Buat elok-elok. Benda sedap, servis bagus, orang akan datang. Semoga berjaya,” tambah netizen lain.

Related Posts