'Awak nak makan rezeki yang tak halal ke?' - DSV tutup pembelian COD, bengang dengan tindakan individu return barang lain - The Reporter

‘Awak nak makan rezeki yang tak halal ke?’ – DSV tutup pembelian COD, bengang dengan tindakan individu return barang lain

Selain pembayaran secara dalam talian, pembeli kadangkala meminta membuat pembayaran secara COD (cash on delivery). Bagaimanapun, ada pembeli yang membuat onar dengan tidak membayar barangan tersebut menyebabkan ada sesetengah peniaga menghentikan pembelian secara COD.

Situasi tersebut juga dialami oleh usahawan terkenal, Dato’ Seri Vida menerusi satu hantaran menyatakan beliau terpaksa menghentikan pembelian secara COD apabila ramai pembeli yang bertindak memulangkan kembali barangan produk salted egg salmon skin dengan tidak jujur.

Ada pembeli yang sanggup mengambil produk berkenaan dan memulangkan kembali dengan kotak yang berisi air mineral. Pembeli tersebut dikatakan telah memesan 12 botol produk itu namun memulangkan kembali dengan beberapa botol air mineral.

Perkara tersebut telah mengundang kemarahan Dato’ Sri Vida dan mengecam tindakan pembeli.

“Eh, awak nak makan rezeki yang tak halal ke?

“Sekarang saya harap semua faham kenapa saya ambil keputusan untuk tutup COD,”katanya.

Di ruangan komen juga, ramai yang mengecam tindakan tidak bertanggungjawab sesetengah pembeli.

Sumber: Sayang-Sayang DSV

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!