'Awak cuma boneka saja, laporkan perkara sebenar!' - Wanita selar wartawan barat di pintu sempadan Mesir-Palestin kerana lapor berita berat sebelah - The Reporter

‘Awak cuma boneka saja, laporkan perkara sebenar!’ – Wanita selar wartawan barat di pintu sempadan Mesir-Palestin kerana lapor berita berat sebelah

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Ratusan penunjuk perasaan di Mesir berhimpun di pintu sempadan Rafah di sempadan Mesir-Palestin, menuntut kemasukan segera bantuan kemanusian yang amat diperlukan ke Semenanjung Gaza yang dikepung dan dizalimi oleh tentera Israel.

Dalam kekecohan itu, tampil seorang wanita dikenali sebagai, zein_rahma, dengan beraninya menyelar wartawan barat pro Israel membuat liputan berat sebelah mengenai keadaan terkini di Gaza.

“Kami minta anda untuk kecam (kezaliman Israel). Di mana kecaman anda? Di mana saluran anda yang melaporkan perkara ini? Laporkan perkara yang sebenar!

“Saya faham yang anda hanya seorang pekerja, boneka, terikat dengan dasar dan bercakap untuk kerajaan anda. Dan sekarang, kami menyaksikan kesan daripada kebisuan anda dan gambaran yang salah mengenai Arab.

“Kami berdiri bersama Palestin, bersama Arab. Dan mereka (barat) cuba mengubah naratif ini kerana anda yang memiliki naratif ini.

“Anda memiliki Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Hollywood dan segalanya. Di mana suara kami? Suara-suara kami juga perlu didengari.

“Kami telah menonton saluran-saluran anda. Bukannya meratapi kematian orang-orang Palestin,” tegasnya.

Sejak awal konflik Palestin diserang Israel, media barat kebanyakannya melaporkan berita yang berat sebelah, jelas sekali menyebelahi Israel. Walaupun sejarah mencatatkan Israel mula merampas tanah Palestin sejak 1947.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!