Ketika ini hampir semua sekolah samada di peringkat rendah mahupun menengah sedang menjayakan program larian merentas desa. Pelbagai ragam yang dirakamkan di media sosial termasuk beberapa kisah yang menyentuh hati disebalik program berkenaan.
Baru-baru ini kisah Cikgu Fairus tular apabila sanggup menolak kerusi roda anak muridnya yang dikenali sebagai Adam untuk memberikan Adam peluang merasai pengalaman bersama rakan-rakan menyertai larian merentas desa.
Ramai yang memuji usaha dan kesanggupan Cikgu Fairus yang dilihat berjiwa empati terhadap anak muridnya yang menghidap cerebral palsy.
Tular pula ketika, seorang pelajar lelaki pula dilihat membantu rakannya yang istimewa menolak kerusi roda sewaktu larian merentas desa.
Video yang dirakamkan oleh seorang pengguna TikTok itu meraih perhatian ramai dan memuji kesanggupan rakannya itu. Katanya, bukan kemenangan yang dicari, tetapi kasih dan sayang serta prihatn terhadap seorang insan bergelar sahabat.
“Bangga dengan awak. Tidak semua orang mampu lakukan macam mana yang awak lakukan. Kawan awak mesti tak rasa kekurangan, kerana dalam kekurangannya hadirnya insan seperti awak yang mampu beri kelebihan pada dirinya.
” Semoga awak berdua berjaya dunia dan akhirat,” tulis qalmuhd.








