Atok maut ketika hantar cucu ke sekolah, dilanggar kenderaan dibawa warga asing | The Reporter

Atok maut ketika hantar cucu ke sekolah, dilanggar kenderaan dibawa warga asing

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang lelaki meninggal dunia setelah motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan kenderaan pacuan empat roda yang dibawa warga asing.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan dalam perjalanan menghantar cucu ke sekolah.

Kemalangan tersebut berlaku di Jalan Sungai Duri, Sungai Bakap SPS pada jam 7 pagi.

Cucu mangsa yang mengalami kecederaan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Menerusi gambar dan video tular, kedua-dua warga asing berkenaan tidak mengalami kecederaan.

https://twitter.com/update11111/status/1782760253400203754

Orang ramai yang menyaksikan kejadian mengelilingi kedua-dua pelaku sambil bertanyakan lesen memandu kepada mereka. Ada juga yang bertindak melepaskan geram kepada pelaku dengan menendang salah seorang daripada mereka.

Dalam pada itu, ada yang mendakwa di dalam kenderaan pacuan empat roda itu terdapat tiga orang warga asing. Dua daripada mereka berjaya ditangkap oleh orang ramai manakala seorang lagi melarikan diri.

Sumber: Info Semasa, Update Info

Related Posts