Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam satu kenyatan mengesahkan laporan tular mengenai insiden buli yang melibatkan seorang pegawai kadet di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK), Universiti Pertahanan Nasional (UPNM), Sungai Besi.
Mangsa dipercayai menjadi mangsa buli dan dera oleh seorang penuntut senior dengan menggunakan seterika yang ditekap di bahagian dada.
Susulan itu, ATM memaklumkan kes berkenaan kini sedang dalam siasatan di peringkat ALK.
Dalam pada itu, ATM menegaskan siasatan akan dilakukan dengan terperinci dan tidak akan melindungi serta berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat.
“ATM menegaskan bahawa siasatan akan dilaksanakan dengan terperinci dan tidak akan melindungi serta berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat dengan kes tersebut.
“Tindakan disiplin yang keras mahupun tindakan undang-undang akan dikenakan kepada pihak yang terlibat jika terbukti bersalah,” katanya.
Sehubungan dengan itu juga, ATM menyeru orang ramai memberi ruang pada pihak ATM untuk menyiasat insiden ini dan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan.
Terdahulu, tular di media sosial dakwaan mengenai seorang pegawai kadet tahun dua di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional (UPNM), Sungai Besi dipercayai menjadi mangsa buli dan didera oleh senior.