Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
PALEMBANG, INDONESIA – Wanita warga emas yang dituduh merogol remaja lelaki berusia 13 tahun sebanyak 10 kali, tampil menafikan tuduhan yang tidak berasas itu, lapor Merdeka.com.
Harni berkata dia kesal dituduh melakukan perbuatan seperti itu sedangkan selama ini dia menganggap remaja itu sebagai anaknya sendiri dan mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga remaja berkenaan.
Terdahulu, Harni dilaporkan telah merogol remaja lelaki berusia 13 tahun sebanyak 10 kali semasa ketiadaan suaminya di rumah. Remaja itu mendakwa, Harni telah memberinya upah sebanyak 15,000 rupiah (RM4.80) setiap kali selepas melakukan perbuatan itu. Malah dia mendakwa warga emas itu telah mengugutnya agar tidak memberitahu kejadian itu kepada ibu bapanya atau orang lain, jika tidak dia akan dibunuh.









