Aruz hilang kawalan, rempuh tembok plaza tol hingga meragut nyawa | The Reporter

Aruz hilang kawalan, rempuh tembok plaza tol hingga meragut nyawa

Operasi menyelamat bomba di Plaza Tol Sungai Dua selepas kemalangan SUV
Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian selepas tersepit, manakala penumpang hadapan dilaporkan cedera parah.

Kenderaan jenis Perodua Aruz yang terbabas sebelum merempuh tembok Plaza Tol Sungai Dua di Lebuh Raya Utara–Selatan, Kepala Batas, meragut nyawa seorang lelaki warga Pakistan dalam kejadian lewat malam tadi.

Dalam insiden kira-kira jam 10.30 malam itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas tersepit di bahagian pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) berkenaan. Identiti mangsa masih belum dikenal pasti setakat ini.

Baca juga:

Seorang lagi penumpang hadapan yang turut berada dalam kenderaan sama, Azhar Iqbal, 42, juga warga Pakistan, dilaporkan mengalami kecederaan parah dan dikejarkan untuk rawatan lanjut.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.43 malam sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kepala Batas dikerahkan ke lokasi.

@shurhadi_melekatcafe_mix

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Betoi2 depan kami. Semoga mangsa selamat#fyp#viral#tolsg2#syukuralhamdulillah

♬ Sad song by piano and violin(886018) – NOVA

Operasi menyelamat diketuai Penguasa Bomba Kanan II Mohamad Rodzi Mat Saad, dengan mayat mangsa berjaya dikeluarkan sebelum diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut. Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.07 tengah malam.

Sumber: Kosmo! Online

Related Posts