Aplikasi beli-belah dalam talian didakwa ceroboh data pelanggan, masyarakat diminta berhati-hati | The Reporter

Aplikasi beli-belah dalam talian didakwa ceroboh data pelanggan, masyarakat diminta berhati-hati

Sumber Gambar: Ultranet Technologies

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pembeli masyarakat kini sudah banyak tertumpu kepada pembelian dalam talian. Pelbagai aplikasi yang disediakan dengan penawaran harga yang berbeza bagi kepuasan pelanggan.

Selain daripada perkhidmatan Shopee dan Lazada, kini tular pula mengenai sayu aplikasi yang dikatakan makin popular disebabkan caj yang dikenakan berbaloi daripada aplikasi lain.

Bagaimanapun, isu yang kurang enak didengari apabila dikatakan aplikasi berkenaan telah menceroboh data pengguna apabila individu mula memuat naik aplikasi berkenaan.

Menerusi satu sumber, aplikasi beli belah ini juga ditemui mengandungi fungsi tersembunyi yang membolehkan akses kepada semua data pada peranti pelanggan. Mereka mengumpul jumlah data yang melebihi standard industri aplikasi membeli-belah.

https://twitter.com/AzyanDraws/status/1791189497083986149

Lebih mengecewakan, berlaku kecurian gambar dan reka bentuk dari pencipta dan penjual kecil dari laman web lain tanpa belas kasihan. Motifnya untuk mengaut lebih banyak keuntungan dan memikat hati pengguna untuk membeli barangan mereka dengan harga yang lebih murah.

Selain itu juga, ada yang mendakwa aplikasi berkenaan yang menggunakan slogan ‘Shop like Billionare’ turut didakwa mempunyai kaitan dengan genosid yang berlaku di Uruguay.

Beberapa pempengaruh terkenal juga dibayar bagi mempromosikan aplikasi berkenaan demi menarik lebih ramai pelanggan. Justeru itu juga, masyarakat diminta berhati-hati dalam memuat naik apa jua aplikasi yang mencurigakan.

Sumber: AzyanDraws,Future proof

Related Posts