'Apa you mau?!' - Kereta kena block, lelaki cedera diserang dengan pisau di Kepong - The Reporter

‘Apa you mau?!’ – Kereta kena block, lelaki cedera diserang dengan pisau di Kepong

Tular di media sosial klip video seorang lelaki mengalami kecederaan akibat diserang dengan senjata tajam oleh lelaki yang tidak berpuas hati dengannya.

Dalam kejadian yang dilaporkan berlaku di Kepong itu dipercayai berpunca dari perselisihan faham di antara suspek dan mangsa.

Saksi yang merakam video kejadian itu berkata, “Lelaki baju hijau ini ambil pisau pergi serang mangsa. Sedangkan mangsa tak bersalah sebab dia punya kereta yang diblock.

“Selepas itu suspek pukul mangsa, kemudian suspek mengambil pisau dan tetak kepala mangsa. Kalau ada sesiapa yang tonton video live ini, tolong call polis. Sini dah ramai orang,” kata saksi.

Berdasarkan klip video tersebut, suspek tidak berpuas hati apabila orang awam cuba meleraikan kejadian itu.

Turut kedengaran jeritan wanita yang meminta tolong dan orang ramai menggesa suspek segera ditahan kerana bertindak agresif dan berbahaya.

Sumber: Instagram

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!