'Apa nak jadi dengan kau ni, mencuri?!' - Lelaki curi 2 utas rantai emas bernilai RM23,000 dipenjara 6 bulan - The Reporter

‘Apa nak jadi dengan kau ni, mencuri?!’ – Lelaki curi 2 utas rantai emas bernilai RM23,000 dipenjara 6 bulan

Sumber gambar: Ihsan orang awam

Semalam tular video seorang lelaki ditangkap dan dibelasah oleh orang awam kerana meragut barangan kemas milik seorang wanita dalam kejadian di Kota Tinggi, Johor.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata mengesahkan kejadian itu dan menerima laporan pada, Isnin, 16 Oktober.

Video kejadian boleh tonton di Telegram The Reporter.

Siasatan mendapati, saspek berusia 27 tahun itu terdahulu datang ke kedai menjual barangan kemas di Plaza Kota Tinggi dan berpura-pura ingin membeli barang kemas tersebut.

Saspek kemudian melarikan dua utas rantai emas bernilai RM8,000 dan RM15,000.

Bagaimanapun saspek berjaya ditangkap dengan bantuan orang awam dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Polis turut merampas dua utas rantai emas berkenaan untuk siasatan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai kes curi dalam bangunan.

Semakan mendapat, saspek mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan kes curi di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan. Ujian saringan air kencing yang dijalankan pada saspek pula menunjukkan keputusan negatif.

Sehari selepas ditangkap, saspek didakwa di Mahkamah Majistret Kota Tinggi dan dijatuhkan hukuman penjara enam bulan.

Sumber: Sinar Harian

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!