PM tegaskan reformasi mesti berfasa, harga RON95 diturunkan untuk rakyat
Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kekesalan terhadap perhimpunan anjuran pembangkang di ibu negara kelmarin yang menurutnya tidak membawa sebarang isu pokok, selain sekadar melaungkan desakan “Turunkan Anwar”.
Walau berterima kasih kerana himpunan berlangsung secara aman, Anwar menegaskan beliau sentiasa terbuka terhadap sebarang teguran atau kritikan.
“Dalam menyusun langkah, teguran dan peringatan dalam perjuangan harus diraikan. Saya ucap terima kasih kepada semua yang berhimpun… namun sedikit kesal kerana tiada isu pokok yang diketengahkan. Yang kedengaran cuma satu: ‘Turunkan Anwar’,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Baca juga:
- Rafizi Ramli desak keputusan segera, sedia dipecat jika langgar perlembagaan parti
- Dr Noraishah Mydin, umum tarik diri dari PKR
- Ucapan Ramanan dicelah Hassan Karim, cetus ketegangan di Konvensyen PKR Johor
Cabaran undi tak percaya, bukan masalah – PM
Anwar turut mengulas kenyataan Ketua Pembangkang mahu membawa usul undi tidak percaya terhadap beliau di Parlimen. Katanya, langkah itu adalah hak sah dalam sistem demokrasi.
“Silakan. Ini negara demokrasi. Usul itu satu proses yang sah. Jika cukup jumlah, bawa saja ke Parlimen,” katanya.
Menegaskan pendiriannya, Anwar berkata kerajaan tidak pernah mendakwa diri sempurna, namun bersedia membetulkan segala kelemahan.
“Apa yang kurang, akan kita baiki. Apa yang belum selesai, akan kita usahakan. Namun reformasi itu mesti dilaksanakan secara berfasa agar dapat diterima, difahami dan berkekalan,” ujarnya.
Sumber: Facebook Anwar Ibrahim











