Anwar Ibrahim tegaskan hormati keputusan Mahkamah | The Reporter

Anwar Ibrahim tegaskan hormati keputusan Mahkamah

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi kenyataan rasmi
Gambar: Facebook Anwar Ibrahim, Berita Harian

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Kerajaan MADANI tetap berpegang teguh kepada prinsip penegakan negara hukum dan pengasingan kuasa, susulan penghakiman berhubung isu Titah Adendum yang diputuskan semalam.

Menurut beliau, badan kehakiman mesti dan akan terus bebas daripada sebarang pengaruh luar, dan keputusan yang dibuat oleh hakim perlu dihormati oleh semua pihak.

“Semua pihak wajar menghormati keputusan yang telah dibuat oleh hakim, termasuk ruang dan saluran perundangan yang masih tersedia untuk mengemukakan rayuan, selain kepada Yang di-Pertuan Agong, selaras dengan peruntukan undang-undang yang ada,” kata beliau.

Baca juga:

Perdana Menteri turut menyeru agar isu ini ditangani dengan penuh sabar dan bijaksana, dan mengingatkan bahawa walaupun ada pihak yang memilih untuk tidak menzahirkan simpati kepada Dato’ Sri Najib Razak dan keluarganya, adalah tidak wajar untuk mengeruhkan suasana atau menambah ketegangan dalam keadaan yang sensitif ini.

“Saya menyeru semua pihak agar menangani isu ini dengan penuh sabar dan bijaksana. Sekalipun ada pihak yang memilih untuk tidak menzahirkan simpati kepada Dato’ Sri Najib Razak dan keluarganya, adalah tidak wajar untuk mengeruhkan suasana atau menambah ketegangan dalam keadaan yang sensitif ini,” katanya.

Related Posts