Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut rejim zionis Israel segera membebaskan aktivis dan sukarelawan termasuk rakyat Malaysia yang ditahan selepas konvoi kemanusiaan Global Sumud Flotilla dipintas.
Beliau menegaskan, misi itu membawa bantuan penting untuk rakyat Gaza yang terus menderita akibat sekatan zalim, bukannya konvoi bersenjata.
Baca juga:
- Muslimat PAS puji langkah Tamil Nadu tutup 717 premis arak
- PASTI Melaka nafi dakwaan pecat jurulatih bola jaring
- Remaja terselamat dari diculik, gigit tangan suspek sebelum lari selamatkan diri
Malaysia beri jaminan lindungi rakyatnya
Anwar menegaskan keselamatan rakyat Malaysia menjadi keutamaan dan kerajaan akan mengambil segala langkah sah di sisi undang-undang antarabangsa bagi menuntut pertanggungjawaban Israel.
“Kerajaan akan lakukan yang terbaik untuk membebaskan warga Malaysia dalam tahanan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, kira-kira sejam lalu.
Menurut beliau, dengan menyekat flotila tersebut, Israel bukan hanya mencabul hak asasi rakyat Palestin, malah menginjak nurani masyarakat dunia yang semakin menjauhi Israel.
Flotila simbol solidariti dunia
Anwar menyifatkan Global Sumud Flotilla bukan sekadar konvoi bantuan, tetapi simbol perpaduan dan solidariti kemanusiaan.
“Selagi hak dan aspirasi rakyat Palestin terus dinafikan, Malaysia kekal berdiri teguh dan tidak akan berundur daripada terus mendesak agar kezaliman dan perampasan dihentikan,” tegas beliau.
Flotila itu membawa bantuan asas yang sangat diperlukan penduduk Gaza, selain menjadi tanda kasih sayang umat manusia yang prihatin dengan penderitaan mereka.








