'Anugerah yang terindah untuk kami' - Pasangan sebak, 11 tahun menunggu akhirnya isteri disahkan hamil | The Reporter

‘Anugerah yang terindah untuk kami’ – Pasangan sebak, 11 tahun menunggu akhirnya isteri disahkan hamil

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Setiap pasangan yang berkahwin pasti menginginkan zuriat, namun realitinya tidak semua pasangan diberikan peluang itu. Ada yang terpaksa menunggu bertahun-tahun atau bahkan tidak mendapat rezeki untuk mempunyai anak.

Baru-baru ini, sebuah video yang tular di TikTok menunjukkan detik yang amat mengharukan. Seorang wanita bernama Linda, memberi kejutan kepada suaminya di mana penantian selama 11 tahun, dia akhirnya disahkan hamil.

https://www.tiktok.com/@lindajoe88/video/7385178326010170631

“Alhamdulillah. Sesungguhnya bila Allah berkehendak, Allah akan memberiNya tanpa kita duga. Penantian cahaya mata selama 11 tahun. Anugerah yang terindah untuk kami. Allah tahu waktu yang tepat untuk memberi,” kata Linda.

Dalam video tersebut, Linda memberikan sebuah kotak kepada suaminya. Wajah suaminya penuh kehairanan membuka kotak tersebut dan melihat isi kandungannya. Terkejut dengan apa yang dilihat, lelaki itu terus memeluk isterinya dengan penuh sebak dan kegembiraan.

Difahamkan, Linda telah selamat melahirkan anak pertamanya yang kini sudah berusia sebulan lebih.

Di ruangan komen, ramai yang mengucapkan tahniah kepada pasangan berkenaan. Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman menanti rezeki hamil.

’20 tahun masih menanti’

Related Posts