Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Masyarakat Melayu dan nasi goreng berpisah tiada. Ada yang tidak jemu menjadikan nasi goreng sebagai menu sarapan pagi, tengah hari dan malam.
Walaupun terdapat menu lain yang tersedia, nasi goreng yang dimasak dengan menggunakan resepi turun temurun tetap menjadi pilihan hati.
Namun begitu, kenyataan yang dikongsikan oleh pendakwah ini mungkin akan membuatkan penggemar nasi goreng terkejut. Tetapi kenyataan itu ditujukan kepada penggemar nasi goreng yang masih bersekolah.
“Professor Dr Nana dia sebut dalam pemakanan, di antara budaya yang salah dalam masyarakat Melayu dia kata bagi budak makan nasi goreng waktu pagi.
“Individu yang ada aktiviti seperti bekerja di pejabat yang ada pergerakan aktif, dibolehkan. Tetapi pada murid sekolah, jangan. Sebab dia masuk ke kelas bukan boleh duk berjogging. Diorang masuk ke kelas yang bergeraknya adalah otak sahaja,” katanya.
Walaupun begitu katanya, jika nasi goreng dimakan seminggu sekali atau kurang boleh dimaafkan lagi. Tetapi jika menu tersebut dijadikan sebagai menu harian, perlu dielakkan.
“Dikatakan nasi yang digoreng kebiasaannya diambil dari nasi yang tak dihabiskan. Minyak yang dimasak dengan nasi ada beberapa benda yang membuatkan refleks kepada otak di mana ketika itu dia perlu kepada aktiviti.
“Bila tak ada aktiviti fizikal, dalam bahasa mudahnya,dia akan jadi bebal. Maka bebal tu yang akan jadikan seorang kanak-kanak itu cepat letih dan tak fokus dalam belajar,” jelasnya.
Sumber: TikTok