Anna Jobling luah rasa syukur & penghargaan buat ibu | The Reporter

Anna Jobling luah rasa syukur & penghargaan buat ibu

Anna Jobling dan ibunya, Ariz Arop.
Anna Jobling dan ibunya. Gambar: Instagram Anna Jobling.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pelakon, Anna Jobling, berkongsi rasa syukur dan penuh makna menerusi satu mesej menyentuh hati kepada peminat dan ibunya di Instagram Stories, susulan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-25.

Anna memuat naik foto kenangan sewaktu kecil, diiringi kapsyen ringkas namun penuh makna.

“Officially 25. Terima kasih banyak untuk semua ucapan hari jadi yang indah! Anna baca semuanya, dan setiap satu mesej sangat bermakna buat Anna,” tulisnya.

Anna juga menzahirkan penghargaan istimewa buat ibunya, Ariz Arop.

“Terima kasih juga buat Mama, melahirkan dan membesarkan adik. Adik doakan Mama sentiasa diberkati dan dilindungi Allah,” katanya.

Hantaran Anna di Instagram Stories
Baca juga:

Beliau juga meluahkan rasa syukur apabila dikelilingi dengan orang-orang yang baik.

“Anna sangat bersyukur dikelilingi orang-orang yang baik. Doakan yang terbaik untuk Anna ketika melangkah ke fasa baharu ini,” tambahnya.

Walaupun hubungan kedua-dua beranak ini dikatakan semakin tegang, namun Ariz juga dilihat memuat naik hantaran ucapan hari lahir buat anaknya.

Terdahulu, tular di media sosial luahan kekecewaan Ariz terhadap Anna yang mendakwa pelakon itu telah menghantar perintah injuksi kepadanya. Namun, sehingga kini tiada sebarang kenyataan balas dikeluarkan oleh Anna berhubung dakwaan tersebut.

Related Posts