Anggota polis didakwa ajak wanita 'check in', dikeluarkan dari penugasan | The Reporter

Anggota polis didakwa ajak wanita ‘check in’, dikeluarkan dari penugasan

Video tular perbualan antara anggota polis dan wanita yang didakwa mengandungi unsur mengaibkan kesantunan wanita.
Anggota polis yang tular ajak wanita ‘check in’ dikeluarkan daripada penugasan sedia ada.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Baru-baru ini tular satu video memaparkan perbualan antara seorang wanita dan seorang anggota polis, yang didakwa mengandungi unsur mengaibkan kesantunan wanita.

Menerusi video tersebut, anggota polis berkenaan didakwa mengajak wanita terbabit untuk berjumpa dan mendaftar masuk ke sebuah hotel.

https://twitter.com/kamaghul/status/1933770340410482765

Susulan itu, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman telah menjalankan siasatan tatatertib terhadap anggota terbabit.

Memetik laporan Sinar Harian, anggota tersebut telah dikeluarkan daripada penugasan sedia ada sementara siasatan dijalankan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, individu terbabit telah dikenal pasti dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Siasatan yang dijalankan telah mengenal pasti anggota polis berkenaan, dan individu itu telah dikeluarkan daripada penugasannya.

“Setakat ini, siasatan selari secara tatatertib juga sedang dijalankan terhadap anggota terbabit,” katanya.

Related Posts