Seorang anggota penguat kuasa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan kerana disyaki menerima rasuah sebanyak RM2,000.
Lapor Harian Metro, saspek yang ditahan disyaki telah menerima rasuah itu bagi membantu melepaskan seorang lelaki yang ditahan reman atas kesalahan memiliki air ketum.
Pengarah SPRM Kelantan, Rosli Husain, mengesahkan penangkapan itu dan kes sedang disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Difahamkan, saspek berusia lingkungan 40-an itu ditahan pada jam 11 malam di pejabat SPRM Kelantan, kelmarin.
SPRM telah membuat permohonan di Mahkamah Majistret Kota Bharu bagi mendapatkan perintah reman ke atas saspek.
Majistret Rais Imran meluluskan permohonan itu dan SPRM mereman saspek selama empat hari bermula semalam, Jumaat, untuk membantu siasatan.








