Anggap penjawat awam membebankan negara, parti Gerakan mohon maaf atas kenyataan ahlinya - The Reporter

Anggap penjawat awam membebankan negara, parti Gerakan mohon maaf atas kenyataan ahlinya

Parti Gerakan mohon maaf atas tindakan ahlinya yang mengeluarkan kenyataan mengatakan penjawat awam beban kepada negara

Parti Gerakan memohon maaf secara terbuka ekoran tindakan seorang ahli partinya mengeluarkan kenyataan yang mengatakan penjawat awam sebagai beban kepada negara.

Setiausaha Agung Gerakan, Mah Kah Keong berkata, “Saya pada hari ini memohon maaf tas kenyataan yang diberikan oleh ahli gerakan akar umbi tersebut.

“Dengan itu saya pohon, saya menyusun sepuluh jari untuk memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya penjawat awam.”.

Tambah Mah, pihaknya juga memohon maaf kepada parti komponen Perikatan Nasional (PN) kerana mereka turut menerima tempias daripada kenyataan itu.

Ekoran itu, Mok telah diberi amaran dan kini telah dirujukkan kepada parti untuk diteliti sebelum dikenakan tindakan penggantungan keahlian.

Terdahulu, ahli parti Mok Kok On mendakwa kakitangan awam di Malaysia adalah beban kepada negara. Wang negara banyak digunakan untuk membayar gaji dan pencen penjawat awam.

Mok menjelaskan kerajaan patut mengecilkan saiz perkhidmatan awam dan bukannya menambah lebih ramai lagi kerana keadaan kewangan negara berada dalam keadaan agak meruncing, di sampin gbeban hutang negara dan faedah yang perlu dibayar.

Sumber: MalaysiaKini

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!