'Anda baru saja beri saya idea' - Menteri Komunikasi pertimbang cadangan pantau content podcast - The Reporter

‘Anda baru saja beri saya idea’ – Menteri Komunikasi pertimbang cadangan pantau content podcast

Rosyam Nor, Fahmi Fadzil

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Kebebasan bersuara di Malaysia adalah tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan. Setiap warganegara Malaysia mempunyai kebebasan bersuara dalam mengeluarkan pendapat selagi mana tidak menyentuh pada isu-isu sensitif.

Namun, sekatan terhadap kebebasan bersuara melalui undang-undang jika ia melibatkan demi ketenteraman awam.

Dalam isu berkaitan baru-baru ini, pelakon Rosyam Nor berpendapat pusat pelacuran perlu diwujudkan agar warga asing yang berhijrah dari negara ini kerana sudah lama tidak melakukan hubungan seks dengan pasangan. Sekali gus dapat mengelakkan kes rogol.

Bagaimanapun, Rosyam tampil memohon maaf selepas dikecam teruk di media sosial. Beliau menjelaskan video itu sekadar promo untuk saluran podcast Suhan Channel di TikTok. Malah meminta orang ramai menonton video penuh sebelum menilai.

Kenyataan Rosyam itu turut mendapat perhatian Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang besar kemungkinan akan membuat pemantauan terhadap kandungan podcast.

“Kami belum ada rancangan (pantau kandungan podcast), tapi anda baru saja beri saya idea,” katanya memetik laporan dari mStar Online.

Dalam masa sama, Fahmi bersetuju dengan pendapat Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar yang cadangan mewujudkan rumah pelacuran adalah bercanggahan dengan hukum Islam.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!