Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan mengambil tanggungjawab menjadikan Putri Qisya Nur Izzat, 12, sebagai anak angkat sehingga beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Putri Qisya merupakan anak sulung kepada pasangan suami isteri yang terkorban dalam tragedi lemas di Sungai Korok, Kedah baru-baru ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menasihati Putri Qisya agar terus kuat dan tabah dalam menempuh ujian hidup yang amat berat ini.
“Saya telah nasihatkan adik ini supaya menjadi anak yang solehah kerana doa anak solehah kepada ibu bapa tiada hijab dan sentiasa membaca Al-Fatihah dan Yasin untuk dihadiahkan kepada ibu bapa serta adik-beradiknya yang telah pergi.
“Saya juga galakkan dia untuk belajar bersungguh-sungguh demi masa depannya. Insya-Allah, MRSM bersedia menerimanya tahun depan dan perkara itu turut dipersetujui oleh neneknya,” kata beliau.
- Vape bakal diharamkan sepenuhnya, KKM sahkan pelaksanaan dibuat berfasa
- ‘Saya tidak terima rakyat Malaysia yang tidak fasih berbahasa Melayu’ – PM
- ‘Tak mahu minta maaf tak apa, teruskan pusing sana sini’ – Akmal Saleh
Tambahnya lagi, segala bentuk bantuan lain yang diperlukan oleh kanak-kanak itu akan disalurkan dari semasa ke semasa kerana kerajaan bertekad memastikan kebajikan anak yatim piatu terus terpelihara demi masa depannya.
Terdahulu, kehilangan enam sekeluarga sejak Sabtu lalu terjawab apabila mereka ditemukan dalam kereta Proton Saga Iswara yang tenggelam di Sungai Korok.
Pasangan suami isteri dan empat anak mereka yang berusia enam bulan hingga 9 tahun yang dilaporkan hilang selepas pulang bermalam di rumah ahli keluarga mereka, awal pagi Sabtu lalu.
Putri Qisya Nur Izzat merupakan satu-satunya anak pasangan terbabit yang masih tinggal dan terselamat daripada insiden berkenaan kerana ketika itu berada bersama neneknya di Jerlun.
Sumber: Kosmo