Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Pemergian orang tersayang sudah pastinya merupakan kehilangan terbesar dalam hidup.Begitu juga dengan apa yang dirasai oleh lelaki ini yang telah kehilangan ibu kandungnya.
Walaupun dibesarkan oleh ibu angkat, namun pemergian syurganya itu amat dirasai.
“Al- Fatihah buat syurga saya. Walau tidak dibesarkan oleh ibu kandung, arwah tetap syurga saya,” tulisnya.
Ketika kejadian, dia tidak menyedari panggilan daripada ibu angkatnya kerana sedang bekerja.
Bila saja dia mendapat pekhabaran menyedihkan itu, dia menangis sambil ditenangkan oleh penyelia di tempat kerja.
“Call incas, minta supervisor tolong cakapkan nak ambik emergency leave. Nak cakap sendiri memang tak terkeluar apa perkataan dari mulut sendiri,” katanya.
Menerusi komen, ramai yang berkongsikan pengalaman sama menerima perkhabaran duka ketika sedang bekerja.
Sumber: IcedLatte