Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Anak lelaki kepada seorang Menteri Besar merupakan antara enam individu yang direman sehingga esok oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Penahanan tersebut bagi membantu siasatan berhubung pemalsuan dokumen dalam tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
Setiausaha sulit kanan seorang Menteri Besar turut direman.
Dalam satu laporan, sumber menyatakan perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Ana Rozana Mohd Nor selepas tertuduh dibawa ke mahkamah, 8.45 pagi tadi.
Suspek ditahan bagi membantu siasatan pelaksanaan projek pembangunan prasarana membaikpulih, menyelenggara, perbekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis sejak tahun 2022 hingga ke hari ini.
“Siasatan dipercayai juga menjurus kepada tuntutan palsu terhadap kerja yang tidak dilaksanakan.
“Suspek yang ditahan itu dipercayai berperanan sebagai pemilik syarikat, kontraktor dan penjawat awam di Pejabat Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pejabat Menteri Besar Perlis.
“Siasatan dilaksanakan Seksyen 18 Akta SPRM,” katanya.
Dalam pada itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM Putrajaya, Datuk Azmi Kamaruzaman ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.
Sumber: Harian Metro