Seorang wanita warga emas berusia 73 tahun dilaporkan meninggal dunia di kediamannya semalam, dengan kesan kelar di bahagian leher dan kepala.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, kejadian berlaku pada jam 8.20 malam di kediaman mangsa di Taman Temiang Utama.
Siasatan awal mendapati, suspek berusia 47 tahun mengamuk dan bertindak memukul mangsa menggunakan senjata tajam kerana tidak berpuas hati dengan ibunya yang menegur dia membuat bising.
Pihak polis kemudian mendapat panggilan daripada orang awam mengenai pergaduhan keluarga berkenaan, lalu mengerahkan sepasukan anggota/pegawai polis ke lokasi.
Tiba di lokasi, mereka mendapati seorang wanita warga emas meninggal dunia dengan kecederaan parah di bahagian kepala dan leher.
Suspek yang masih berada di lokasi terus ditahan dan polis turut merampas sebilah pisau dapur serta kapak yang digunakan dalam kejadian itu.
Semakan mendapati, suspek mempunyai rekod perubatan psikiatrik.
Sumber: Kosmo! Online