'Anak jantan hadir sendiri bersama rakyat, bukan duduk dalam hotel' - Dr Akmal Saleh | The Reporter

‘Anak jantan hadir sendiri bersama rakyat, bukan duduk dalam hotel’ – Dr Akmal Saleh

Sumber Gambar: FB Dr Akmal Saleh

Semalam, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mencuri perhatian ramai apabila memuat naik gambar beliau berjoging di hadapan Istana Kehakiman di Putrajaya, dengan kapsyen ‘Selamat Petang Putrajaya.’

Akmal, antara pemimpin parti politik yang hadir ke perhimpunan solidariti Bersama Najib Razak bagi menyatakan sokongan kepada bekas Perdana Menteri itu.

Dalam hantaran di Facebook sejam yang lalu, Akmal turut memuat naik beberapa gambar bersama penyokong-penyokong Najib Razak di hadapan Istana Kehakiman.

“Anak jantan hadir sendiri bersama rakyat. Bukan duduk dalam hotel dan pergunakan rakyat,” katanya.

Rata-rata memuji semangat dan tindakan Akmal bersama-sama penyokong yang bersama-sama hadir untuk memberikan sokongan kepada Najib Razak.

Hari ini, Mahkamah Rayuan akan mendengar permohonan Najib Razak untuk kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mengesahkan kewujudan titah adendum pada Januari tahun lalu yang akan membolehkan dia menjalani tahanan rumah.

Memetik Sinar Harian, pendengaran yang pada asalnya dijadualkan pada 5 Disember tahun lalu akan dimulakan pada jam 9 pagi di hadapan panel tiga hakim yang terdiri daripada Hakim, Datuk Azizah Nawawi, Datuk Azhahari Kamal Ramli dan Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril.

Related Posts