Anak ikan lumba-lumba mati selepas dikeluarkan dari laut untuk pelancong berselfie | The Reporter

Anak ikan lumba-lumba mati selepas dikeluarkan dari laut untuk pelancong berselfie

Sumber foto: Daily Star

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seekor anak ikan lumba-lumba mati selepas diarak oleh pengunjung sebelum dibuang begitu sahaja di pantai, agar semua mereka dapat mengambil gambar swafoto dengan haiwan itu.

Difahamkan, kejadian itu berlaku pada tahun 2017 di kawasan tumpuan pelancong di Mojacar, selatan Sepanyol. Tetapi gambar itu tular semula di media sosial ketika musim panas sedang berlangsung.

Gambar yang tular menunjukkan orang ramai mengeliling haiwan kecil itu untuk mengambil gambar. Kanak-kanak pula dilihat secara tidak sengaja menutup lubang spirakel (blowhole) makhluk itu ketika mereka menyerai orang ramai untuk menyentuh haiwan tersebut.

Foto: CEN
Foto: CEN

Pakar haiwan tidak menolak kemungkinan bahawa ikan lumba-lumba itu berkemungkinan telah mati akibat dehidrasi dan terlalu panas.

Kumpulan yang melindungi hidupan liar marin di kawasan itu, Equinac, mengecam kejadian tersebut kerana bukan sahaja taksub, malah tidak berakal.

Equinac mendakwa, ratusan pengunjung pantai meluru ke arah haiwan itu selepas ia ditarik keluar dari air. Pihak Equinac tiba di lokasi selepas 15 minit kemudian dan mendapati haiwan kecil itu sudah tidak bernyawa.

Sumber: Daily Star

Related Posts