Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Bergelar usahawan dan pempengaruh selalunya menjadi perhatian ramai. Bukan sahaja kandungan (content) mengenai perniagaan, malah isu berkaitan anak dan keluarga turut menjadi tumpuan netizen.
Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida bukan sahaja dikenali sebagai usahawan berjaya, malah disifatkan sebagai ibu bapa yang mampu mendidik anak-anak mereka dengan baik.
Baru-baru ini, dalam satu rakaman sesi siaran langsung di TikTok, Shahida berkongsi kisah mengenai minat anak sulungnya yang dikatakan berjiwa patriotik dan klasik. Ammar Ahyan meminati lagu-lagu lama seperti nyanyian Ahmad Jais dan M. Shariff.
“Ammar ni sukakan lagu-lagu lama. Dia sukakan lagu-lagu yang menenangkan jiwa, bukan lagu-lagu yang pening,” katanya.
Menurut Shahida lagi, Ammar pernah menegur sekumpulan remaja yang menghisap vape dan meminta kumpulan berkenaan menyerahkan vape tersebut kepadanya, sehingga menyebabkan mereka berdendam terhadapnya.
Shahida turut mendedahkan bahawa Ammar mempunyai minat yang mendalam dalam bidang politik dan bercita-cita untuk menjadi ahli politik.
“Kata Ammar, lepas dia dah habis sekolah, dia akan mendaftar sebagai ahli UMNO,” katanya.
Jelas Shahida lagi, Ammar merupakan seorang individu yang mempunyai hala tuju dan pandangan yang jelas. Katanya, Ammar turut membandingkan segala keindahan serta fasiliti yang terdapat di Malaysia berbanding luar negara.








