'Amira & Fazura ada keistimewaan masing-masing' - Anzalna | The Reporter

‘Amira & Fazura ada keistimewaan masing-masing’ – Anzalna

Anzalna dan suami hadir ke majlis pernikahan Fattah Amin dan Amira Othman.
Gambar: Instagram Anzalna.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pelakon dan usahawan, Anzalna Nasir tampil menzahirkan kenyataan susulan kritikan melampau yang tercetus dalam kalangan peminat berhubung perkahwinan pasangan selebriti, Fattah Amin dan Amira Othman.

Menerusi hantaran di media sosial, Anzalna menegaskan bahawa tiada keperluan untuk mencetuskan drama atau perbalahan, apatah lagi melibatkan nama pihak lain.

“Let’s not create unnecessary drama. I truly respect both Fazura and Amira Othman. Mereka berdua ada keistimewaan masing-masing dan wanita hebat — that’s why I’m grateful to be friends with both. I sincerely wish them nothing but the best in life, so let’s just be happy for everyone,” tulisnya.

Anzalna yang turut menjadi salah seorang ‘dulang girl’ pada majlis pernikahan pasangan berkenaan, berharap agar peminat dapat menerima kebahagiaan Fattah dan Amira dengan hati terbuka tanpa perlu membandingkan dengan mana-mana individu.

Kenyataannya sekaligus mencerminkan sokongan ikhlas terhadap kedua-dua wanita berkenaan, iaitu Fazura yang pernah menjadi pasangan Fattah sebelum ini, dan Amira yang kini sah bergelar isterinya.

Sikap profesional Anzalna ini mendapat perhatian ramai yang menyifatkannya sebagai contoh matang dalam menangani isu sensitif melibatkan rakan artis.

Baca juga:

Terdahulu, pernikahan Fattah Amin dan Amira Othman mencuri perhatian ramai. Bukan sekadar pasangan mempelai, malah barisan dulang girl dan dulang boy turut menjadi sorotan peminat apabila membabitkan beberapa selebriti popular seperti Hawa, Ernie Zakri, Bell Ngasri, Alvin serta Anzalna.

Related Posts