Sebagai serangan balas terhadap tindakan China menaikkan tarif terhadap barangan Amerika Syarikat, Amerika Syarikat (AS) pada 9 April 2025 mengumumkan keputusan untuk meningkatkan lagi tarif terhadap produk-produk China sebanyak 125% selang sehari selepas Presiden Donald Trump mengumumkan kenaikan tarif sebanyak 104%.Â
Langkah ini merupakan sebahagian daripada dasar Presiden Donald Trump untuk menekan China agar mengubah dasar perdagangan yang dianggap tidak adil.Â
Keputusan ini dijangka memberi impak besar terhadap hubungan perdagangan antara kedua-dua negara dan ekonomi global secara keseluruhan.
Tindakan ini juga merupakan balasan kepada tindakan China yang menaikkan tarif terhadap produk-produk AS sebanyak 84%, yang telah menyebabkan ketegangan dalam perang perdagangan yang telah berlanjutan lebih dua tahun.Â
Kesan kenaikan tarif terhadap ekonomi ASÂ
Langkah Amerika Syarikat menaikkan tarif terhadap China turut memberi kesan kepada ekonomi domestiknya. Pengguna di AS dijangka akan menghadapi kenaikan harga barangan, terutama sekali produk elektronik dan barangan pengguna lain yang diimport dari China.Â
Presiden Trump menyatakan bahawa tindakan ini adalah perlu untuk memastikan persaingan yang adil dalam perdagangan antarabangsa dan memperbaiki ketidakseimbangan perdagangan yang dilihat lebih menguntungkan China.
Menurut pakar ekonomi, kesan ini boleh menyebabkan inflasi yang lebih tinggi, yang akan memberi beban tambahan kepada keluarga dan perniagaan kecil.Â
Dalam masa yang sama, pengeluar di AS yang bergantung kepada bahan mentah dari China juga berisiko menghadapi kenaikan kos yang tinggi, yang mungkin akan diteruskan kepada pengguna dalam bentuk harga yang lebih mahal.
Selain itu, langkah ini berpotensi memberi kesan negatif terhadap pasaran saham AS. Ketegangan yang berlarutan dalam perdagangan global boleh menambah ketidakpastian yang akhirnya boleh mengganggu keyakinan pelabur.Â
Jika tarif baru ini dilaksanakan secara berterusan, beberapa sektor, termasuk teknologi, automobil, dan pembuatan, mungkin terpaksa menyesuaikan semula operasi mereka, bahkan mengurangkan pengeluaran atau menaikkan harga barangan mereka.
Reaksi China dan implikasi terhadap perdagangan global
Reaksi China terhadap langkah serang balas ini dijangka menjadi lebih agresif. Sebelum ini, China telah memperkenalkan tarif terhadap produk AS sebagai respons kepada tindakan serupa yang diambil oleh AS.Â
Kini, Beijing berkemungkinan akan meneruskan strategi yang sama dengan mengenakan lebih banyak tarif terhadap barangan dari AS, yang seterusnya akan merencatkan perdagangan antara kedua-dua negara.Â
Ketegangan perdagangan ini bukan sahaja memberi impak kepada hubungan AS dan China, tetapi turut mengganggu perdagangan global.Â
Negara-negara lain yang terlibat dalam rantaian bekalan global akan turut terkesan dengan peningkatan kos barangan dan ketidakpastian dalam pasaran.Â
Hal ini boleh memberi kesan besar kepada negara-negara membangun yang bergantung kepada eksport, serta perniagaan yang beroperasi di luar AS dan China.








