Along Cham akui silap belakangkan ibu, Pejabat Agama sahkan perkahwinan ketiga isteri | The Reporter

Along Cham akui silap belakangkan ibu, Pejabat Agama sahkan perkahwinan ketiga isteri

Along Cham perkahwinan ketiga isteri

Pelawak terkenal, Along Cham, mendedahkan bahawa ibunya pernah melarangnya daripada berkahwin dengan Afreena Suhaimi, namun dia tetap meneruskan perkahwinan itu kerana cinta.

Dalam satu podcast, Along mengakui keputusan itu merupakan kesilapan besar dalam hidupnya kerana telah membelakangkan nasihat ibunya.

“Itu kesilapan saya, sampai saya membelakangkan ibu saya. Ibu saya dah melarang sebelum ini, tapi cinta itu membutakan. Banyak benda yang saya terpedaya dengan dia, terutamanya kata-kata dia,” katanya.

https://www.tiktok.com/@buletin.tiktok/video/7470205896786906376
Pejabat Agama dedah maklumat mengejutkan

Along turut mendedahkan bahawa semasa proses pendaftaran nikah di Pejabat Agama Sepang, pegawai bertugas memaklumkan bahawa perkahwinan mereka adalah yang ketiga bagi Afreena.

Maklumat itu bercanggah dengan apa yang diberitahu Afreena kepadanya sebelum ini, di mana isterinya mendakwa hanya pernah berkahwin sekali sebelum bersama Along.

“Apa yang dia cakap pada saya, ni perkahwinan kedua dia. Tapi bila saya daftar nikah, Pejabat Agama Sepang dah periksa nama dia dan saya ni perkahwinan ketiga dia. Depan pegawai agama tu saya telefon dia untuk sahkan, tapi dia bersumpah menafikannya,” jelasnya.

Walaupun terkejut, Along tetap meneruskan pernikahan mereka selepas mendapatkan kepastian daripada pegawai agama bahawa dia boleh membatalkan perkahwinan sekiranya mahu.

Along persoal sikap bapa mertua

Selain itu, Along turut mempersoalkan mengapa bapa mentuanya tidak mendedahkan perkara sebenar mengenai perkahwinan terdahulu Afreena.

“Apa maksud gentleman dari bapa mertua saya sedangkan dia tahu apa yang berlaku pada anak dia sebelum tu?” soalnya.

Lafaz taklik selepas peluang diberikan

Menurut Along, selepas berkahwin, dia telah memberi beberapa peluang kepada Afreena untuk menjaga hubungan mereka. Namun, selepas Afreena dikatakan mensia-siakan peluang terakhir, dia nekad meneruskan penceraian dengan lafaz taklik.

Lafaz taklik itu difailkan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya pada 28 Januari lalu, sehari selepas dia dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) oleh Mahkamah Sesyen Sepang atas pertuduhan memiliki bahan terlarang yang disyaki kanabis.

Along mendakwa isterinya telah melanggar beberapa perjanjian dalam perkahwinan mereka, sekali gus mendorongnya untuk mengambil langkah tersebut.

Related Posts