'Allahuakbar, kenapa sampai kena kurung budak Tahun 1 dalam pagar besi?' - Bapa terkilan anak dikurung dalam 'sangkar' besi - The Reporter

‘Allahuakbar, kenapa sampai kena kurung budak Tahun 1 dalam pagar besi?’ – Bapa terkilan anak dikurung dalam ‘sangkar’ besi

Bapa terkejut anak dikurung dalam 'sangkar besi', menyebabkan anaknya kemurungan dan trauma untuk pergi ke sekolah

Luluh hati seorang bapa apabila mengetahui anaknya yang merupakan pelajar Tahun 1 ‘dikurung’ di dalam ‘sangkar’ besi oleh guru sekolah.

Difahamkan, anaknya diletakkan dalam tempat tersebut bagi tujuan pengasingan yang tidak dijelaskan butirannya.

“Allahuakbar. Apa ni, sampai kena kurung budak Tahun 1 dalam pagar besi. Siap ada kotak TNB. Kalau kotak itu disentuh oleh budak, entah apalah yang akan terjadi.

“Walau macam mana sekalipun, itu budak Tahun 1. Cikgu tidak sepatutnya ambil tindakan di luar batasan,” tegas pengadu.

Perasan tingkah laku anak berubah

Menurut pengadu, dia mula menyedari perubahan tingkah laku anaknya yang tidak begitu ceria berbanding sewaktu anaknya dihantar ke tadika sebelum ini.

“Patutlah sejak masuk Tahun 1, anak tidak begitu ceria seperti semasa dihantar ke tadika. Mungkin anak saya pernah dikurung atau dia nampak kawan-kawan dia pernah diperlakukan seperti itu. Itu yang membuatkan anak saya takut nak pergi ke sekolah,” katanya.

Jelas pengadu lagi, bukan anaknya sahaja yang pernah masuk ke ‘sangkar besi’ itu, malah anak rakannya turut mengalami perkara yang sama.

“Selepas kejadian kawan anak saya dikurung dalam sangkar dan berkemungkinan anak saya pun pernah dikurung. Sebab seminggu pertama (masuk sekolah), anak saya elok pergi ke sekolah dan mungkin sebab ada maskot beruang dan Doraemon.

“Tetapi selepas itu, anak saya murung seperti tidak suka pergi ke sekolah,” katanya.

Aduan telah dibuat

Perkongsian pengadu mula mendapat perhatian ramai dan tular di media sosial. Aduan uga telah dibuat kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

“Benda pun dah viral, laporan ke PPD pun sudah dibuat. Saya cuma berharap, pagar besi itu dibuang dan hanya DB box TNB itu saja dipasang pagar.

“Kejadian sebegini tidak sepatutnya berlaku ke atas kanak-kanak bawah umur. Lebih-lebih lagi seperti anak saya yang berusia tujuh tahun.

“Kemungkinan, anak saya trauma melihat kawan kawannya sebelum ini yang pernah dikurung dan itu sebabnya anak saya tak begitu ceria nak pergi ke sekolah.

“Saya berharap tindakan sewajarnya diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab. Semoga selepas ini anak saya baik-baik pergi ke sekolah tanpa perlu dihantar sampai ke kelas. Kembali cerialah anakku,” ujarnya.

Sumber: Twitter

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!