'Saya bukan fighter' – Alim serik selepas video bergasak dengan jurulatih MMA tular | The Reporter

‘Saya bukan fighter’ – Alim serik selepas video bergasak dengan jurulatih MMA tular

Dua lelaki sedang berdepan dalam suasana tegang waktu malam, salah seorang memakai jersi merah berbelakang.
Alim (gambar kecil) tampil beri penjelasan selepas video pergaduhannya dengan jurulatih MMA (kanan, jersi merah) tular di media sosial. | Kredit gambar: Redzuan Muharam / Harian Metro

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Insiden pergaduhan antara seorang pengawal keselamatan dan jurulatih seni bela diri campuran (MMA) yang tular baru-baru ini bukan sahaja mengundang kecaman, malah mengubah kehidupan Muhammad Alim Muhamad Adnizam, 24, dalam sekelip mata.

Alim yang lebih dikenali netizen sebagai ‘Samad Tocang’, kini tampil menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku, satu salah faham kecil di tempat kerja yang akhirnya bertukar menjadi tontonan seluruh negara. Biarpun kejadian itu sudah diselesaikan secara baik di balai polis, dia tidak menyangka video rakaman tetap tersebar hingga mencetuskan pelbagai reaksi.

“Saya memang panas baran, tapi bukan cari pasal”

Menurut Alim, insiden itu berlaku ketika dia sedang bertukar syif di sebuah kondominium di Selangor. Salah faham antara dirinya dan jurulatih MMA terbabit, Tony Lim, bermula dari dalam kawasan kondominium dan berlanjutan ke luar pagar, hingga akhirnya bertukar menjadi pergaduhan fizikal.

Baca juga:

Akibat kejadian itu, bibirnya menerima empat jahitan. Malah, dia turut menanggung malu apabila dipersoal keluarga dan jiran sebaik sahaja video terbabit menjadi tular di media sosial. Lebih pedih, dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana rakaman berkenaan sudah pun tersebar luas.

Kini, Alim telah dipindahkan oleh majikannya ke kawasan perumahan lain di Puchong dan mengakui kejadian tersebut memberi pengajaran besar buat dirinya. Walaupun tidak diugut secara langsung, dia mengakui banyak menerima teguran dan nasihat orang ramai, termasuk dalam ruangan komen media sosial.

“Benda kecil je sebenarnya… tapi saya mengaku, saya pun emosi”

Kata Alim, insiden tersebut bukan kali pertama dia terlibat dalam pergaduhan, namun inilah kali pertama ia sampai ke tahap tular. Dia menegaskan kes tersebut masih dalam siasatan pihak polis dan berharap tiada lagi spekulasi atau penyebaran semula video berkenaan.

“Saya minta maaf pada semua. Saya pun manusia biasa. Hari ini hari saya, esok kita tak tahu siapa pula. Cukuplah yang tular tu,” katanya.

Berhubung gelaran yang diberikan netizen, Alim mengambil pendekatan terbuka. Walaupun bukan nama sebenarnya, dia tidak ambil hati dan anggap ia sekadar hiburan dunia maya.

Sumber: Harian Metro

Related Posts