Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Usahawan terkenal, Datuk Aliff Syukri, berkongsi berita gembira di media sosial apabila berjaya membeli sebuah jet peribadi hasil daripada jualan jeruk mangga bersama anak sulungnya, Ammar Ahyan.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik, Aliff kelihatan teruja dan segera memanggil nama anak dan isterinya sebelum memeluk mereka dengan penuh rasa syukur.
“Masya-Allah Tabarakallah, alhamdulillah. Tercapai juga hasrat saya dan isteri,” katanya.
Baca juga:
- Muslimat PAS puji langkah Tamil Nadu tutup 717 premis arak
- PASTI Melaka nafi dakwaan pecat jurulatih bola jaring
- Remaja terselamat dari diculik, gigit tangan suspek sebelum lari selamatkan diri
Dalam video yang sama, beliau turut membawa pengikutnya melihat ruangan dalaman jet peribadi tersebut.
“Ni berkat menjual jeruk bersama Ammar Ahyan dan kita dapat membeli sebuah jet peribadi,” tambahnya lagi.
Ruangan komen turut dibanjiri ucapan tahniah daripada netizen yang kagum dengan pencapaian Aliff dan Ammar, selain menyatakan sokongan berterusan terhadap perniagaan mereka.
Sebelum ini, pasangan anak-beranak ini tular dengan gelagat mereka yang gigih menjual jeruk mangga secara langsung di platform TikTok, menarik perhatian ramai dengan gaya bersahaja.








