Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Baru-baru ini, usahawan terkenal, Dato’ Sri Aliff Syukri berkongsikan hantaran satu surat tawaran daripada sebuah syarikat untuk memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.
Menerusi hantaran tersebut juga, Aliff Syukri meminta pandangan ramai adakah perlu dia menerima tawaran berkenaan daripada sebuah syarikat yang tidak dinyatakan. Ramai yang meminta Aliff supaya menerima sahaja tawaran tersebut.
Bagaimanapun, persoalan itu terjawab apabila Aliff Syukri sudah menerima tawaran berkenaan seperti yang dikongsikan oleh jenama fesyen terkenal, Hijabistahub menerusi hantaran di Instagram.
“Siapa sangka? Hijabistahub kini dipimpin oleh figura penuh kejutan dan semangat luar biasa! Tahniah kepada Dato’ Sri Aliff Syukri atas pelantikan sebagai CEO baru Hijabistahub,” tulisnya.
Sementara itu, dalam ucapan beliau, Aliff Syukri menyatakan komitmen beliau dengan amanah dan tanggungjawab yang diberi.
“Saya akan melaksanakan tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin bagi memastikan jenama ini terunggul dan nombor satu di Malaysia.
Dalam pada itu juga, ramai mengucapkan tahniah kepada Aliff Syukri diatas pelantikan tersebut.