Aliff Syukri diarah bayar ganti rugi RM10,000 | The Reporter

Aliff Syukri diarah bayar ganti rugi RM10,000

Aliif Sukri diarah bayar ganti rugi RM`10,000.
Gambar: Utusan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Mahkamah Rayuan memerintahkan usahawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman, membayar ganti rugi nominal sebanyak RM10,000 selepas mendapati beliau melanggar kontrak untuk mempromosikan sebuah restoran milik dua rakan kongsi perniagaannya.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Azizul Azmi Adnan bersama Hakim Ahmad Fairuz Zainol Abidin dan Evrol Mariette Peters memutuskan bahawa plaintif, Iylia Nurdiyana Jasny dan Syazwan Roslan, berjaya membuktikan Aliff Syukri gagal melaksanakan peranan beliau untuk mempopularkan premis mereka, Rumah Makan Terlajak Laris di Kota Damansara.

Menurut laporan FMT, mahkamah bagaimanapun berpendapat bahawa kedua-dua plaintif gagal membuktikan sebab musabab bagi jumlah ganti rugi besar yang dituntut.

“Kami membenarkan rayuan itu, tetapi hanya memberikan ganti rugi nominal sebanyak RM10,000,” kata Azizul semasa membacakan keputusan.

Selain itu, panel hakim turut memerintahkan Aliff Syukri membayar kos RM30,000 kepada Iylia dan Syazwan.

Baca juga:
Latar belakang kes

Rakan kongsi terbabit sebelum ini menandatangani kontrak dengan Aliff Syukri untuk mempromosikan restoran mereka melalui platform media social.

Bagaimanapun, perjanjian itu ditamatkan dan mereka memfailkan saman di Mahkamah Sesyen pada penghujung 2018. Antara tuntutan mereka ialah pemulangan RM285,000 yang dibayar kepada Aliff Syukri serta deklarasi bahawa kontrak tamat akibat pelanggaran syarat

Dalam prosiding ini, Aliff Syukri diwakili peguam Hasshahari Johari Mawi dan Mohd Rosly Khady Mohd Ayub Khan, manakala plaintif pula diwakili peguam Fozi Addhwa Mohamad Fozi dan Azraai Yunos.

Related Posts