Aliff Aziz & Ruhainies mengaku tidak bersalah berkhalwat - The Reporter

Aliff Aziz & Ruhainies mengaku tidak bersalah berkhalwat

Sumber Gambar: Kosmo

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Aliff Aziz dan Ruhaines mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan atas pertuduhan berkhalwat di sebuah kondominium Bukit Bintang beberapa bulan lalu.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa berada bersama orang Islam yang bukan isteri, suami atau mahram, dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak, bahawa mereka membuat perbuatan tidak bermoral.

Pertuduhan terhadap Aliff Aziz dibuat mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 iaitu Khalwat, sementara Ruhainies, Seksyen 27 (b) akta sama.

Sesyen berkenaan memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menetapkan perbicaraan kes pada 17 Oktober depan dan membenarkan bon jaminan masing-masing sebanyak RM1,500 dilanjutkan sehingga prosiding selesai.

Tidak sensitif dengan situasi

Sementara itu dalam perkembangan lain Ruhainies dikecam gara-gara hadir ke mahkamah dengan senyuman lebar.

Bagaimanapun kata Ruhainies, dia tidak pandai berlakon sekali gus enggan menitiskan air mata depan kamera semata-mata hendak menunjuk-nunjuk.

“Saya senyum sebab nampak rakan-rakan media dekat sini, saya teruja setelah sekian lama tak berjumpa kalian semua.

“Saya bersyukur sebab kalian sudi datang pada awal pagi untuk mengikuti prosiding hari ini.

“Mengenai dakwaan tidak sensitif, takkan saya nak menangis pula, saya tak pandai berlakon, tak pandai menangis depan kamera,” katanya.

Sumber: Sinar Harian, Kosmo

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!