Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Sejak kebelakangan ini, individu bernama, Alice Chang, kerap menjadi perbualan hangat di media sosial susulan beberapa insiden di tempat kerja yang menyebabkan dia dipecat berkali-kali.
Perkara ini bermula apabila dia dipecat daripada Auntie Anne’s setelah memuat naik gambar mencium doh roti yang dilihat tidak mematuhi standard kebersihan. Selepas itu, dia dilaporkan cuba mendapatkan kerja di tempat lain seperti Cold Stone Creamery dan McDonald’s, namun turut mengalami isu yang sama.
Alice gemar berkongsi tentang pengalaman kerjayanya di media sosial, termasuk mendakwa dirinya sebagai ‘selebriti internet’ dan meminta sokongan daripada orang ramai. Namun, tindakannya terus menimbulkan perbincangan hangat dalam kalangan netizen tentang keselamatan makanan.
Dipecat dari Nando’s
Baru-baru ini, Alice Chang sekali lagi menjadi tumpuan apabila dia telah dipecat daripada jawatannya sebagai pekerja sambilan di Nando’s Malaysia.
Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Nando’s, Alice telah melapor diri untuk bertugas di salah satu cawangan mereka, tetapi dalam masa sama telah melanggar polisi syarikat pada hari pertama bekerja.

Beliau didapati memuat naik gambar di kawasan sulit premis tersebut ke akaun media sosial peribadinya tanpa kebenaran, di mana tindakannya itu dianggap sebagai pelanggaran protokol keselamatan syarikat.
Pihak Nando’s menjelaskan, mereka telah mengambil langkah segera dengan menjalankan proses sanitasi menyeluruh di premis tersebut untuk memastikan keselamatan pelanggan dan kakitangan.
Keputusan untuk memberhentikan Alice dibuat serta-merta sejurus insiden itu diketahui, dan Nando’s turut menekankan komitmen mereka untuk mengekalkan piawaian keselamatan dan kebersihan yang tinggi di semua cawangan mereka.