'Alhamdulillah, selesai' - Nora Ariffin diceraikan suaminya dengan talak 1 | The Reporter

‘Alhamdulillah, selesai’ – Nora Ariffin diceraikan suaminya dengan talak 1

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Penyanyi, Datuk Nora Ariffin, telah diceraikan oleh suaminya, Dr. Rushdi Ramli, dengan talak satu melalui rakaman video yang dikongsi di Instagram hari ini.

Dalam video tersebut, Dr. Rushdi melafazkan, “Saya yang bernama Rushdi Ramli, dengan ini menceraikan dan mentalakkan isteri saya, Wan Norafiza Ariffin dengan talak satu kerana Allah”.

Spekulasi mengenai keretakan rumah tangga mereka telah beredar sejak tahun lalu, namun Nora sebelum ini menafikan khabar angin tersebut.

Nora dan Dr. Rushdi berkahwin pada tahun 2021, selepas kematian suami pertama Nora, Johan Nawawi, pada tahun 2017.

Nora turut menulis di Instagram, “Alhamdulillah. Selesai. Allah saja yang tahu,” yang memberi gambaran bahawa segala kemelut yang dihadapinya kini telah berakhir.

Sumber: Berita Harian, IG Nora Ariffin

Related Posts