Albertine Leo disembunyikan di hotel murah | The Reporter

Albertine Leo disembunyikan di hotel murah

Sumber Gambar ; Polis Johor

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Lima suspek kini dalam tahanan polis Johor berhubung kes penculikan kanak-kanak perempuan berusia enam tahun.

Dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, Albertine Leo ditemui dengan selamat di sebuah hotel murah dan kini berada di sebuah hospital bagi pemeriksaan kesihatan.

Katanya, ketika ditemui, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kita mengesahkan kanak-kanak sudah ditemui dalam keadaan selamat. Empat suspek sudah direman empat hari, manakala seorang lagi yang ditahan bersama mangsa akan dibawa pulang ke Johor untuk mendapatkan perintah tahanan reman,” katanya.

Motif penculikan kanak-kanak itu masih dalam siasatan, bagaimanapun dia mengesahkan tiada sebarang panggilan meminta wang tebusan diterima keluarga mangsa.

“Semua suspek tiada hubungan dengan mangsa dan tiada sebarang panggilan wang tebusan dibuat.

“Kita merampas sebuah kereta yang dipercayai digunakan untuk membawa lari mangsa ke Selangor,” katanya.

Sumber: Polis Johor

Related Posts