Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Awal Julai lalu, seorang pekebun telah ditahan selama lapan hari atas tuduhan kelalaian yang menyebabkan kematian dua kanak-kanak.
Bagaimanapun, pekebun berkenaan yang dikenali sebagai Uzair Shafawi mendakwa dirinya difitnah dan menegaskan bahawa penjaga sebenar kanak-kanak tersebut masih belum ditahan.
Menurut Uzair, keropok beracun yang didakwa menjadi punca kejadian diletakkan di atas pagar setinggi empat kaki setengah dan tidak mungkin dicapai oleh kanak-kanak berusia dua hingga tiga tahun. Tambahan pula, keropok tersebut berada dalam kawasan berpagar berhampiran hutan, bukan di tepi jalan.
Uzair juga menyatakan, tiada seorang pun wartawan yang datang ke rumahnya untuk mendapatkan cerita sebenar. Sebaliknya, mereka hanya menemui datuk kepada mangsa yang didakwa selalu memutar belit cerita.
Uzair menegaskan, dia sentiasa berada di rumah dan tidak pernah melarikan diri seperti yang didakwa. Malah dia memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis.

Beliau juga mendakwa keluarga kanak-kanak tersebut sering mengabaikan dan membiarkan mereka berkeliaran di hutan dan semak yang penuh dengan haiwan berbahaya seperti ular berbisa.
Uzair menegaskan dia telah membuat aduan kepada pihak berkuasa mengenai masalah kera yang sering memasuki kawasan kebunnya sejak tahun 2021, namun aduannya tidak pernah ditangani oleh pihak berkuasa.
Uzair merasakan dirinya difitnah dan meminta agar keadilan ditegakkan dengan menahan mereka yang terlibat. Malah beliau berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap keluarga kanak-kanak tersebut yang didakwa mereka cerita palsu.








