'Aku dah kena scam ke?' - Mat Salleh garu kepala dicaj RM10 untuk sebiji Burger Ramly biasa - The Reporter

‘Aku dah kena scam ke?’ – Mat Salleh garu kepala dicaj RM10 untuk sebiji Burger Ramly biasa

Sumber gambar: Travelling Solo Logs

Sabtu lalu, seorang lelaki warga asing yang juga content creator (makanan) memuat naik video perkongsian video di laman Facebooknya, Travling Solo Logs.

Dipendekkan cerita, Solo berhasrat membuat video perbandingan di antara burger McDonald’s dengan Burger Ramly yang dijual oleh peniaga tempatan di Kuala Lumpur.

Ketika menunggu pesanannya dibuat, Solo sempat berbual dengan seorang wanita berasal dari Jepun yang juga mengakui sering membeli Burger Ramly dari premis tersebut.

Bagaimanapun, Solo agak terkejut apabila mendapati peniaga berkenaan mengenakan caj RM10 untuk sebiji burger tersebut dan perkara itu ‘diluahkannya’ pada kapsyen video.

“Saya dah kena tipu dengan gerai Burger Ramly?”

Hantaran itu mengundang perhatian netizen yang kemudian mengesahkan peniaga terbabit mengenakan harga yang terlalu mahal untuk sebiji burger.

“RM10 burger biasa? Kurang hajo betul budak-budak ni. Kalau diorang ni pekerja, elok owner gerai ni check sikit la pekerjak orang tu. Ni kalau report baru tahu kena saman. Harga pun takde letak,” kata netizen.

“Melingkup la gerai kau! Burger biasa RM10 acik dia! Tanda harga pun tak letak, lagi kau nak tekan harga kat pelancong asing. Hawau punya peniaga,” katanya netizen lain.

Tinjauan di ruang komen, ramai netizen menggesa pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan terhadap peniaga burger terbabit.

Sumber: Facebook

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!