Aktiviti hiburan & bunyi-bunyian muzik pada malam Jumaat dilarang di Kelantan | The Reporter

Aktiviti hiburan & bunyi-bunyian muzik pada malam Jumaat dilarang di Kelantan

Sumber Gambar : Disway id

Kerajaan negeri Kelantan tidak membenarkan sebarang bentuk aktiviti hiburan atau bunyi-bunyian muzik pada setiap malam Jumaat.

Hiburan dan seumpamanya dilihat sebagai satu kegiatan yang berpotensi mengganggu ibadah atau ketenteraman semasa waktu-waktu ibadah tertentu.

Larangan aktiviti tersebut juga telah termaktub dalam Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah garis panduan yang telah ditetapkan itu bersesuaian dengan galakan untuk memperbanyakkan amal ibadah pada malam Jumaat.

“Garis panduan ini bersesuaian dengan galakan sebagai Muslim untuk memperbanyakkan amal ibadah pada malam Jumaat,” katanya.

Beliau berkata demikian susulan isu ujian sistem siar raya pada satu majlis berdekatan sebuah masjid di sini baru-baru ini.

Dalam konteks ini, dapat dilihat kepentingan bagi pihak berkuasa untuk mencapai keseimbangan yang sesuai antara memelihara nilai-nilai agama dan budaya dengan memahami keperluan serta harapan masyarakat tempatan untuk hiburan dan kehidupan sosial yang seimbang.

Sumber: Berita Harian

Related Posts