Akibat tipu isteri outstation 3 hari, suami ditemui rentung di pusat karaoke - The Reporter

Akibat tipu isteri outstation 3 hari, suami ditemui rentung di pusat karaoke

Tipu isteri outstation

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Tragedi kebakaran di Glodok Plaza, Jakarta, Indonesia baru-baru ini mengundang perhatian ramai selepas kisah seorang lelaki yang kononnya bertugas di luar kawasan, ditemui meninggal dunia di pusat karaoke. Kisah ini tular di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi warga maya.

Ketua Agesi Pengurusan Bencana Indonesia, Leftenan Jeneral Tentera Nasional Indonesia Suharyanto, mendedahkan kejadian ini dalam satu sidang media. Beliau mengingatkan orang ramai, khususnya golongan suami, agar tidak menipu pasangan masing-masing.

“Ada seorang suami yang bertugas di luar kawasan. Tetapi, dia sebenarnya menjadi salah satu mangsa kebakaran di Glodok Plaza. Ini pengajaran untuk kita semua, agar jangan berbohong dengan pasangan,” katanya.

Isteri dedah kisah suami

Seorang pengguna TikTok bernama, Hasya, turut berkongsi berita suaminya yang menjadi mangsa dalam kebakaran itu.

Dalam video yang dimuat naik di akaun @ulhandoank93, Hasya memaklumkan, suaminya ada meminta keizinan untuk bekerja di luar kawasan iaitu di Surabaya. Namun, lelaki itu akhirnya ditemui meninggal dunia di Tiyara Karaoke di plaza tersebut.

“Tiga hari lalu dia kata ada urusan kerja di Surabaya. Hari ini saya dapat berita daripada rakannya yang beritahu dia meninggal di pusat karaoke,” tulis Hasya, yang membuat ramai warga maya terkejut dan bersimpati.

Menurut Ketua Pusat Data dan Maklumat, Agensi Pengurusan Bencana Indonesia, Mohamad Yohan berkata, prose mengenal pasti identiti mangsa amat sukar dilakukan berikutan keadaan mayat mangsa yang sangat teruk.

Pihak berkuasa menggunakan kaedah seperti analisis cap jari, pemeriksaan gigi, dan ujian DNA untuk mengenal pasti 14 individu yang dilaporkan hilang dalam kebakaran pada malam Rabu, 15 Januari 2025, namun proses ini dijangka mengambil masa beberapa minggu. – Agensi

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!