Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Selebriti media sosial Malaysia, Aisar Khaled, berdepan pengalaman pahit ketika cuba menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di Bali, Indonesia. Niat murninya menghulurkan bantuan tidak diterima dengan baik apabila dia dimarahi dan dihalau oleh seorang individu tempatan.
Aisar hadir bersama pasukannya membawa barangan keperluan dan membantu gotong-royong membersihkan kawasan terjejas banjir. Namun, suasana bertukar tegang apabila seorang lelaki tempatan menuduh kehadirannya hanya sekadar mahu mencari perhatian.
Lelaki tersebut turut mendakwa kehadiran rombongan Aisar menyebabkan kesesakan serta mengganggu kerja pembersihan.
Baca juga:
- (Video) Aisar Khaled kesal dihalau ketika bantu mangsa banjir di Bali
- Khairul Aming terima Anugerah Maulidur Rasul
- Maritim tahan 2 dua bot diguna pempengaruh untuk penggambaran di laut
Aisar terkilan
Dalam rakaman yang tular, Aisar dilihat cuba menenangkan keadaan dengan memohon maaf, sebelum beredar dari lokasi bagi mengelakkan keadaan lebih buruk. Namun, dia kemudian meluahkan rasa terkilan kerana menurutnya individu berkenaan “tidak hormat” dan “tidak bersyukur” terhadap bantuan yang dihulurkan.
Insiden ini pantas menjadi bualan di media sosial. Ada yang mempertahankan Aisar dengan mengatakan niatnya baik, malah kehadirannya sedikit sebanyak meringankan beban mangsa banjir. Sebahagian lain pula berpendapat bantuan harus diselaraskan dengan pihak berkuasa tempatan supaya tidak mengganggu operasi pemulihan pascabencana.
Apa pun, insiden ini menjadi peringatan tentang pentingnya koordinasi serta kepekaan budaya ketika menyalurkan bantuan kemanusiaan di kawasan bencana.