Ahmad Fikri cipta sejarah, tamat hafazan 30 juzuk dalam hanya sehari | The Reporter

Ahmad Fikri cipta sejarah, tamat hafazan 30 juzuk dalam hanya sehari

Ahmad Fikri cipta sejarah, tamat hafazan 30 juzuk Al-Quran dalam tempoh sehari.
Gambar: Yayasan Islam Kelantan.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Ahmad Fikri bin Abdul Hisham, pelajar Maahad Tarbiah Mardhiah Panchor (MTM), Kota Bharu, mencipta kejayaan luar biasa apabila berjaya menamatkan Syahadah Hafazan al-Quran kategori 30 juzuk dalam tempoh hanya 18 jam serta memperoleh Pangkat Mumtaz tanpa sebarang kesalahan.

Kejayaan cemerlang itu menjadikan Ahmad Fikri antara pelajar yang mencatat pencapaian membanggakan dalam sejarah Maahad Tarbiah Mardhiah Panchor sejak aliran Tahfiz diperkenalkan. Bacaan hafazannya telah diperdengarkan dan diuji oleh barisan pendidik tahfiz berpengalaman, sekali gus mengesahkan ketepatan dan kelancaran hafazan beliau.

Memetik Bernama, Ahmad Fikri berkata, amalan konsisten sejak Tingkatan Satu dengan memperuntukkan kira-kira 30 minit setiap sesi selepas solat menjadi kunci utama kejayaannya. Walaupun tempoh latihan harian yang singkat, disiplin dan istiqamah dalam mengulang hafazan membolehkannya menamatkan bacaan 30 juzuk dalam tempoh yang singkat.

Baca juga:

Dia turut menzahirkan penghargaan kepada ibu bapa dan pendidik di tahfiz yang sentiasa memberi bimbingan, dorongan dan doa tanpa jemu. Sokongan berterusan daripada keluarga dan pihak sekolah disifatkan sebagai faktor penting yang mendorong kejayaan tersebut.

Ahmad Fikri yang bercita-cita menjadi pensyarah berharap kejayaannya dapat dijadikan contoh dan inspirasi untuk melahirkan lebih ramai huffaz.

Related Posts