Wanita tular tinggal lama di KLIA rupanya warga tempatan, ada rekod kesihatan mental | The Reporter

Wanita tular tinggal lama di KLIA rupanya warga tempatan, ada rekod kesihatan mental

Kes wanita tular tinggal lama di KLIA disahkan berkait rekod kesihatan mental
Isu wanita tinggal lama di KLIA akhirnya terjawab selepas pengesahan pihak berkuasa.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Rakaman tular mengenai seorang wanita yang didakwa tinggal lama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akhirnya terjawab apabila pihak berkuasa mengenal pasti individu berkenaan sebagai wanita warga tempatan yang mempunyai rekod masalah kesihatan mental.

Difahamkan, wanita itu telah ditahan pada 18 Disember lalu selepas dikesan berada di KLIA Terminal 1. Pemeriksaan lanjut mendapati individu berkenaan memiliki kad berkaitan kesihatan mental.

Timbalan Ketua Polis Daerah KLIA, Superintenden Albany Hamzah berkata, wanita terbabit telah dihantar ke Hospital Kajang untuk mendapatkan penilaian lanjut dan rawatan yang bersesuaian.

Baca juga:

Menurut pihak polis, sebab sebenar wanita tempatan itu berada di KLIA Terminal 1 masih belum dapat dipastikan setakat ini dan memerlukan penelitian lanjut.

Terdahulu, media sosial dikejutkan dengan rakaman seorang individu berada di kawasan terminal bersama barangan peribadi, dipercayai bergantung kepada kemudahan awam seperti internet, pendingin hawa dan bekalan air yang disediakan di lapangan terbang berkenaan.

Perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi orang ramai, termasuk kebimbangan terhadap keadaan kesihatan mental individu terbabit serta persoalan bagaimana situasi sedemikian boleh berlaku.

Sumber: Sinar Harian

Related Posts